Wednesday, 14 August 2013

Watak dan Perwatakan Dalam Novel Negeri Lima Menara

Watak kegemaran saya ialah Alif, watak utama di dalam cerita ini. Saya menyukainya kerana dia adalah watak utama di dalam cerita ini. Alif adalah seorang lelaki yang sangat keras dalam membuat keputusannya seperti keinginannya masuk ke dalam SMA. Walaupun begitu, dia masih mengikuti kehendak ibunya untuk masuk ke Pondok Madani.
Alif mendapati lima kawan-kawan yang menarik iaitu Said, Atang, Baso, Dulmajid dan Raja. Mereka pun memanggil kumpulan mereka berenam 'Sahibul Menara'. Alif tersedar bahawa dia boleh berjaya sekiranya dia berusaha seperti kalimah 'man jadda wa jadda'. 


Cuti sekolah bulan Jun 2013

Aku tiba di Lapangan Terbang Changi dengan hati yang berdebar-debar kerana tidak dapat menahan keseronokan yang menyelubungi diriku. Ramai kawan dan guruku yang akan pergi ke Jogjakarta bersamaku seperti Asyraf, Amiir, Izzudin, Danial dan lain-lain lagi. Aku tidak sabar untuk pergi ke sana~bukan kerana aku tidak pernah menaiki kapal terbang~tetapi kerana aku dapat meluangkan masa bersama Amiir dan Asyraf. Itulah janji kami. Aku dan Asyraf juga bercadang untuk mengenakan Amiir dengan sesuatu perkara, namun dengan cara apa, aku tidak dapat jelaskan, kerana ia tidak sopan.

            di Dewan Pelepasan, kami berasa hiba apabila mendapati bahawa penerbangan kami, Garuda Indonesia, ditundakan disebabkan masalah teknikal. Dengan hati yang hampa, kami menunggu dua puluh minit sehingga pramugari yang bertanggungjawab mengumumkan bahawa kapal terbang sudah siap untuk penerbangan kami ke Jogjakarta.
            Kami pergi ke Jogjakarta menaiki kapal terbang bernama Garuda Indonesia lalu harus  transit ke Jakarta. Perjalanan ke Jakarta mengambil masa dua jam sementara perjalanan ke Jogjakarta daripada Jakarta mengambil masa satu hingga dua jam. Makanan yang disediakan apabila kami di dalam perjalanan ke Jakarta sangat lazat seperti makaroni keju berkrim dan nasi ayam (dah terlupa, nasi ayam eh?) sementara makanan yang disediakan apabila kami di dalam perjalanan ke Jogjakarta ialah roti berinti tuna. Terdapat permainan-permainan elektronik yang dapat kami gunakan dalam perjalanan ke Jakarta dan juga filem-filem yang dapat kami tonton. Walaupun begitu, aku tidak main ataupun menonton filem tetapi aku tertidur dalam kedua-dua penerbangan akibat tidak tidur dengan lenyak pada hari sebelumnya.
https://lh3.googleusercontent.com/-WY0zXC3TSr4/UVZWxjZ43MI/AAAAAAAABE0/rQ5Ywbi9DsU/w640-h480-no/Adisucipto+International+Airport
            Apabila aku dan kumpulan sekolahku sampai di Lapangan Terbang di Jogjakarta, terdapat beberapa murid yang tidak menerima bagasi mereka. Mereka mulai merasa bingung dan semakin cemas. Guru-guru yang bertanggungjawab, Puan Ida, menelefon talian Garuda Indonesia untuk memastikan bagasi mereka tidak hilang. 
            Selepas menelefon talian tersebut, perut kami mula terasa lapar dan kami makan tengah hari di sebuah restoran yang mewah. Walaupun begitu, rasa makanan mereka sangat lain berbanding dengan makanan Singapura.Mungkin kerana cara mereka masak itu lain daripada masakan kami. 
            Selepas itu, kami menuju ke lapangan terbang sekali lagi untuk mendapatkan bagasi kawan-kawan kami yang lain. Selepas bersorak kegembiraan setelah menjumpai beg kawan kami, kami dibawa pemandu pelancong ke kawasan menarik di Jogjakarta seperti kuil yang terbesar di dalam dunia yang bernama Borobudur yang terletak dekata dengan gunung Merapi, Taman Sari(Water castle), Kraton Yogyakarta dan lain-lain lagi.

http://wikitravel.org/upload/shared/thumb/e/ed/Borobudur_EastGate.JPG/350px-Borobudur_EastGate.JPGKraton Yogyakarta      Water Castle (Tamansari)
            Kami melawati dua sekolah pada hari yang kedua dan yang ketiga. Sekolah-sekolah itu bernama Kalam Kudus dan SMP 8. Sistem sekolah mereka sangat lain berbanding dengan sekolah di Singapura. Saya dapat bergaul dengan pelajar-pelajar di situ. Mereka semuanya sangat rama-tamah apabila menyambut kedatangan kami.
            Tanpa disedari, sudah tiba masanya untuk kami pulang ke Singapura. Saya tidak akan  melupakan pengalaman ini.

Wednesday, 24 July 2013

Peperiksaan Akhir Tahun, Format Surat Rasmi, Format Kertas 2

Peperiksaan Akhir Tahun
Jadi, apakah saya rasa apabila peperiksaan akhir tahun menjelang? Saya berasa cemas kerana mahu dengan cepat mengulang kaji pelajaran saya. Saya rasa, saya belum cukup bersedia kerana ramai di antara guru-guru saya berkata bahawa peperiksaan saya susah. Jadi, saya berasa tidak selesa dan mahu mencuba untuk memastikan bahawasaya telah memahami setiap pepelajaran dengan tepat. Jadi, sudahkah kawan-kawan bersedia untuk peperiksaan akhir tahun ini? Saya berharap kamu semua sudah kerana saya tidak mahu kamu semua menjadi seperti saya!
Format Surat Rasmi
Inilah formatnya bagi surat rasmi:
1:   {Tarikh}
2:   {Nama pengirim}
3:   {Nama penerima}
4:   {Tajuk surat}
5:   {Nama Pengadap}
6:   {Perenggan Pertama-[1-2 ayat]-Tujuan menulis}
7:   {Perenggan Kedua-Isi penengalan masalah}
8:   {Perenggan Ketiga-Isi-isi surat(huraian, contoh)}
9:   {Penutup surat}

10: {Tanda tangan}
Format Kertas 2
Inilah formatnya bagi Kertas Bahasa Melayu yang kedua:
1:   Imbuhan
2:   Prosedur Kloz
3:   Peribahasa
4:   Kefahaman
5:   Kefahaman MCQ
6:   Ringkasan bagi kefahaman

Ya itu sahaja ya? Terima kasih! Jumpa lagi! Arrivederci(italian)!Hasta la visata(spanish)! Au revoir(french)!
Serlahkan ayat yang terdapat di bawah ini.*Perkataan-perkataan selain melayu ini terdapat dari 'Google Translate'

Biasiswa Presiden

Ini ialah artikel yang diambil dari 'Straits Times':


First Malay President's Scholar in 44 years
Stacey Chia | The Straits Times | Thu Aug 16 2012
First Malay President's Scholar in 44 years
SINGAPORE - Mr Adil Hakeem Mohamad Rafee, 19, is the second Malay to be awarded the President's Scholarship after 44 years.
The first was Mr Ismail Ibrahim who received the award in 1968.
Mr Adil Hakeem was also a Primary School Leaving Examination (PSLE) top scorer in 2005, when he scored 282 in the exam.
Before that he was studying in Guanyang Primary School, but transferred over to Rosyth when he was accepted into the Ministry of Education's gifted programme.
Last year, he did the Republic proud as part of the national team that emerged as champions in the World Schools Debating Championships in Scotland.
However, his journey to academic success was not always smooth.
He admitted to The Straits Times that he had scored an E in his preliminary exams in A-level Chemistry last year. However, a few months of intense study helped to correct it into an A, and he scored distinctions in all seven subjects.
The former Raffles Institution student also paid tribute to his grandmother for his success. He told The Straits Times that if not for her he would have never studied as hard as he has.
With both his parents at work, he and his younger brother were often left at home alone, and his grandmother would nag both of them into finishing their homework.
Speaking to the paper, he said, "My success has now put pressure on my brother - my grandmother keeps telling him to study harder for his exams."
His younger brother, Arif Izzudddin, 16, is a Secondary 4 student at Chung Cheng High School.

Dari artikel ini, saya dapat tahu bahawa biasiswa presiden ini sangat berharga dan jarang ramai orang yang dapat menerima biasiswa ini kerana Biasiswa Presiden ini adalah biasiswa yang paling tertinggi di antara biasiswa-biasiswa yang lain.

Jika saya adalah adik Adil Hakeem Mohamad Rafee, Arif Izuddin, saya akan menerima tekanan yang hebat dari orang-orang yang terdekat dengan saya seperti keluarga saya, kawan-kawan saya, guru-guru saya dan lain-lain lagi. Ini adalah kerana tentu mereka mengharapkan saya berjaya dan mengikut jejak langkah abang saya. Saya rasa ini memang tidak mustahil kerana kami perlu ada motivasi diri untuk berjaya cemerlang. Jika motivasi diri itu tidak ada dalam diri seseorang, tentu orang tersebut perlu masa yang lebih untuk mengubahkan dirinya untuk berjaya dalam kehidupannya. 

Jadi, jika seseorang mahu berjaya seperti orang-orang seperti aband Adil Hakeem, dia harus bertungkus-lumus untuk belajar bersungguh-sungguh dan perlu,...MOTIVASI DIRI! Terima kasih! :3

Video yang paling saya gemari

Inilah video yang paling saya gemari:





Saya suka video ini kerana ini dapat menunjukkan bahawa kita tidak boleh menipu ibu bapa kita kerana mereka akan mengetahui tentang perkara yang kamu menyembunyikan pada akhirnya juga. Kita juga dapat menggunakan tayar kereta Bridgestone! :) Terima kasih dan saya harap kamu berseronok menonton video ini! Memmeh...

Apa yang saya lakukan pada hari Ahad

Hai...hari ini hari terakhir saya akan menerbitkan blog saya. Nasib baik...penat sangat menaip di komputer saya. Saya agak terkejut apabila ibu saya membangunkan saya pada tiga setengah pagi! Rupa-rupanya, bapa saya bercadang untuk makan luar di kedai As-Salam(ia berada di Masjid Kassim dan saya rasa tidak ada orang yang pernah ke sana, tetapi makanannya sedap!) Saya bersahur dengan thosai bersama teh tarik...sedapnya. Hari ini, saya pergi ke Andalus untuk menghadiri kelas madrasah saya. Saya tertidur di dalam kelas dan ibu bapa saya membangunkan saya di kelas pada empat petang apabila mereka sedar bahawa saya belum pulang dari madrasah. Biasalah, orang seperti saya memang malas dan berat tulang!

Setelah dimarahi ibu bapa saya, saya pun menyambung 'mengulang kaji pelajaran saya'. Saya terlalu 'ghairah' mahu belajar hingga saya tertidur. Sekali lagi, ibu bapa saya memarahi saya...hai. Cobaan...! Maaf saya penat jadi saya hanya dapat menulis hingga ke sini. Tewima kasih!

Apa yang saya lakukan pada hari Sabtu

Pada hari Sabtu, saya hanya keluar untuk ke sekolah untuk menyertai persembahan Musikal Raya tetapi, malangnya, tidak seorang pun yang saya telah berlatih menyanyi lagu ITU tidak ada. Hai...kesian. Tetapi yang bagusnya, saya tidak perlu menyanyi di hadapan kumpulan itu bersendirian.

Apabila saya pulang ke rumah, saya membuat rutin yang sama, mengulang kaji pelajaran. Sungguh membosankan. Hanya pada waktu zohor, asar, maghrib, isyak, terawih dan witir akan saya dapat berehat sebentar. Pada malam ini pula, nenek saya pun kembali ke rumah saya setelah setahun tinggal bersama di rumah pakcik saya. Beliau akan tinggal bersama kita hingga akhir bulan Syawal, jadi, nenek saya akan bersama saya di Hary Raya! Tentu seronok...terima kasih! :)