Wednesday, 14 August 2013

Cuti sekolah bulan Jun 2013

Aku tiba di Lapangan Terbang Changi dengan hati yang berdebar-debar kerana tidak dapat menahan keseronokan yang menyelubungi diriku. Ramai kawan dan guruku yang akan pergi ke Jogjakarta bersamaku seperti Asyraf, Amiir, Izzudin, Danial dan lain-lain lagi. Aku tidak sabar untuk pergi ke sana~bukan kerana aku tidak pernah menaiki kapal terbang~tetapi kerana aku dapat meluangkan masa bersama Amiir dan Asyraf. Itulah janji kami. Aku dan Asyraf juga bercadang untuk mengenakan Amiir dengan sesuatu perkara, namun dengan cara apa, aku tidak dapat jelaskan, kerana ia tidak sopan.

            di Dewan Pelepasan, kami berasa hiba apabila mendapati bahawa penerbangan kami, Garuda Indonesia, ditundakan disebabkan masalah teknikal. Dengan hati yang hampa, kami menunggu dua puluh minit sehingga pramugari yang bertanggungjawab mengumumkan bahawa kapal terbang sudah siap untuk penerbangan kami ke Jogjakarta.
            Kami pergi ke Jogjakarta menaiki kapal terbang bernama Garuda Indonesia lalu harus  transit ke Jakarta. Perjalanan ke Jakarta mengambil masa dua jam sementara perjalanan ke Jogjakarta daripada Jakarta mengambil masa satu hingga dua jam. Makanan yang disediakan apabila kami di dalam perjalanan ke Jakarta sangat lazat seperti makaroni keju berkrim dan nasi ayam (dah terlupa, nasi ayam eh?) sementara makanan yang disediakan apabila kami di dalam perjalanan ke Jogjakarta ialah roti berinti tuna. Terdapat permainan-permainan elektronik yang dapat kami gunakan dalam perjalanan ke Jakarta dan juga filem-filem yang dapat kami tonton. Walaupun begitu, aku tidak main ataupun menonton filem tetapi aku tertidur dalam kedua-dua penerbangan akibat tidak tidur dengan lenyak pada hari sebelumnya.
https://lh3.googleusercontent.com/-WY0zXC3TSr4/UVZWxjZ43MI/AAAAAAAABE0/rQ5Ywbi9DsU/w640-h480-no/Adisucipto+International+Airport
            Apabila aku dan kumpulan sekolahku sampai di Lapangan Terbang di Jogjakarta, terdapat beberapa murid yang tidak menerima bagasi mereka. Mereka mulai merasa bingung dan semakin cemas. Guru-guru yang bertanggungjawab, Puan Ida, menelefon talian Garuda Indonesia untuk memastikan bagasi mereka tidak hilang. 
            Selepas menelefon talian tersebut, perut kami mula terasa lapar dan kami makan tengah hari di sebuah restoran yang mewah. Walaupun begitu, rasa makanan mereka sangat lain berbanding dengan makanan Singapura.Mungkin kerana cara mereka masak itu lain daripada masakan kami. 
            Selepas itu, kami menuju ke lapangan terbang sekali lagi untuk mendapatkan bagasi kawan-kawan kami yang lain. Selepas bersorak kegembiraan setelah menjumpai beg kawan kami, kami dibawa pemandu pelancong ke kawasan menarik di Jogjakarta seperti kuil yang terbesar di dalam dunia yang bernama Borobudur yang terletak dekata dengan gunung Merapi, Taman Sari(Water castle), Kraton Yogyakarta dan lain-lain lagi.

http://wikitravel.org/upload/shared/thumb/e/ed/Borobudur_EastGate.JPG/350px-Borobudur_EastGate.JPGKraton Yogyakarta      Water Castle (Tamansari)
            Kami melawati dua sekolah pada hari yang kedua dan yang ketiga. Sekolah-sekolah itu bernama Kalam Kudus dan SMP 8. Sistem sekolah mereka sangat lain berbanding dengan sekolah di Singapura. Saya dapat bergaul dengan pelajar-pelajar di situ. Mereka semuanya sangat rama-tamah apabila menyambut kedatangan kami.
            Tanpa disedari, sudah tiba masanya untuk kami pulang ke Singapura. Saya tidak akan  melupakan pengalaman ini.

No comments:

Post a Comment