Di sekolah kami pada hari Rabu, kami menyambut Hari Sebelum Hari Jadi Singapura di sekolah saya. Ia sungguh menarik(selain lagu-lagu Singapura yang tidak 'menangkap perhatian'). Terdapat beberapa kumpulan yang berpakaian seragam seperti NCC, NPCC, Boys Brigade, Girls Brigade dan St. John Ambulance Brigade telah membuat perbarisan pada hari itu. Insya Allah, saya harap saya dapat dipilih untuk menyertai perbarisan seperti itu pada tahun hadapan. Pada waktu guru selepas perbarisan tersebut, kami harus membuat sebuah poster untuk Singapura. Poster itu harus menerangkan tentang apa-apakah makanan yang paling dikenali di Singapura, kenapa Singapura dianggap sebagai 'rumah saya' dan apakah yang seseorang tersebut suka tentang Singapura. Kumpulan saya bagaimanapun, tidak dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik kerana kami menggunakan masa itu lebih untuk berbual-bual antara satu sama yang lain. Hehe...
Setelah itu, seluruh sekolah itu menonton sebuah persembahan yang menarik oleh NCC :) dan sekolah-sekolah, yang datang ke sekolah kami untuk mengetahui lebih tentang sekolah kami, pun menunjukkan persembahan-persembahan yang agak menarik (terutama persembahan dari India). Walaupun begitu, permainan-permainan yang dipersembahkan oleh 'MC' agak bosan serta juga 'karoake'nya agak bosan.
Saya hanya mengulang kaji di rumah sahaja dari pukul satu tengahari hingga waktu maghrib untuk peperiksaan saya yang menjelang tiba. Keluarga saya keluar ke pasar Geylang untuk membeli baju raya mereka tetapi saya tidak dapat mengikuti mereka. Selain itu,kawan lama saya, Afiq mengunjungi saya di rumah saya untuk berbuka bersama-sama. Selain itu, tidak ada perkara lain yang akan menarik perhatian kamu semua. Terima kasih! 'Peace out!'
No comments:
Post a Comment